Friday, June 24, 2011

MADE 2009


dear pari pari.. i wish for a mountain bike.. give me two mountain bike please..

ok terima kasih

Sunday, June 19, 2011

Bapak

aku susah nak bercakap dengan bapak.. tapi bapak faham akan anak anaknya.. bapak memang hero.. susah nak sebut ayat 'sayang bapak' walaupun pada hari bapa..
terima kasih bapak.. sayang bapak

Tuesday, June 14, 2011

Muka Leper 2

haha.. ini adalah evolusi dari entry sebelum ni.. saja nak explore style sejauh mana binatang ni boleh aku buat.. sebenarnya banyak lagi.. ini je yang aku sempat nak buat.. eheh.. ganas tak?? orang dengki je cakap tak.. haha.. gurau je..


ok terima kasih

Sunday, June 12, 2011

Muka Leper

tadaaaa!!! bosan!!! ok terima kasih

Friday, June 10, 2011

Potret Yang Berhantu

 
potret mona lisa adalah potret yang termahal dan paling bermisteri dalam sejarah potret dunia.. potret ini juga dikatakan berhantu.. dan banyak bukti telah dijumpai disetiap naskah potret yang diciplak untuk tujuan keselamatan.. buktinya seperti dibawah..
ok terima kasih

Thursday, June 9, 2011

Samurai Panda

orang sibuk dengan kung fu panda.. haa.. ambik ko.. samurai panda aku bagi.. ganas lagi dari kung fu panda..

ok terima kasih

Kembara Pangkor

ke teluk batik..
berehat sekejap lepas tengok pantai teluk batik.. dekat apartment sewa..
makan malam dengan budak kecik
gambar gambar kenangan sekejap..
ketibaan kami dekat jeti pulau pangkor..
foto kenangan keluarga..
foto band nasyid
dinasti ching
dan dinasti ming..
shopping pulak..
di mana ada kemahuan.. di situ ada jalan.. happy.. lepas ni kemana pulak?

ok terima kasih..

Thursday, May 26, 2011

Peluru Dalam Perahu

kenapa aku dengan peluru dalam perahu ni?? ok.. memang saja nak kongsi dengan kawan kawan pasal peluru dalam perahu ni.. peluru dalam perahu ni sebenarnya aku punya kawan punya blog pun.. dia ni ada hobi kumpul barang barang contohnya action figure.. memang menarik.. aku pun kadang kadang tertarik jugak dengan barang barang yang dia jual.. gambar dekat atas ni design callcard dia.. aku yang buat.. eheh..

aku tau memang ramai orang minat dengan action figure.. terutama pada budak budak.. kalau orang dewasa yang umur dekat 40-an mungkin tak berminat nak simpan action figure dah.. golongan macam ni minat dengan moto virago dan sebagainya..

ok.. sebenarnya aku nak promote blog dia.. saja dengan mukadimah panjang panjang.. aku tau korang malas nak membaca.. tapi aku nak jugak praktikkan budaya membaca ni kat korang.. adoi.. banyak cakap pulak.. ni dia link blog tu.. picit sini kalau nak singgah peluru dalam perahu punya blog pun..

ok terima kasih..

Sunday, May 15, 2011

Charlie Bit My Finger


zomba.. otaaaaaakkk.... otaaaaaakkk......

Monday, May 9, 2011

Thom Yorke

aku nak bagi link lagu dia sekali.. tapi tak boleh nak share pulak.. security dia tak bagi amik link nak paste dekat sini.. kalau tak boleh layan lagu sambil tengok gambar ni.. ish ish.. anyway.. tak cantik pun.. simple je.. kerja beberapa minit.. eheh..
original gambar aku ambil dekat google je.. confirm confirm free.. selamat la sikit dari curi dekat flickr ke apa apa web ke.. kan?? thom yorke.. anda hebat.. aku abadikan potretmu di celahan blogku.. ehhe..


ok terima kasih..

Sunday, May 8, 2011

Emak

semua orang akan cakap ini pada mak dorang.. "sayang mak".. sebab bukan hari ibu saja kita patut hargai ibu kita.. tetapi setiap hari..
terima kasih mak.. sayang mak..

Tuesday, April 26, 2011

Lama Dah Tak Suka Suka

ingat lagi entry aku sebelum ni?? ini hint dia.. baru malam ini aku siapkan design ntah apa apa aku ni.. haa.. ambik kau.. puas hati aku.. huh!! 


design aku dah tak pakai otak dah.. main buat je.. asal cantik je ok la.. buat apa nak ada intipati dah dalam design.. orang tak pandang intipati design kau pun.. asal cantik je.. cantik ke?? huhu.. tiba tiba nak emo pulakkan.. haih.. memang la aku ni.. boleh jadi tiba tiba je.. lalala..


pastu apa kaitan dengan tajuk entry??


ok terima kasih..

Tuesday, April 19, 2011

Kesibukan Dunia

sekarang rasa macam sudah biasa dengan tidur lewat.. hari hari aku akan hadapi masalah yang sama.. makin hari badan aku makin tough.. biasalah.. kalau dah kerja kuat mestilah badan jadi tough.. kalau aku tipu pun korang memang tak percaya aku.. huhu..


dah rasa macam burung hantu di waktu malam.. dan panda yang makan buluh pada waktu siang.. ok.. aku memang letih dan penat dan tak sihat sekarang.. memandangkan kerja yang memang tak menjamin kesihatan aku.. nasib baik aku tak hilang selera makan lagi..


kerja memang seronok.. sangat seronok.. tapi bila penat.. kerja seronok pun rasa macam seronok sikit.. kira seronok jugaklah.. sejak kerja beberapa bulan yang lepas.. aku rasa ilmu aku pasal advertising sudah meningkat banyaklah jugak kan.. insyaallah kalau aku boleh bertahan untuk terima lagi ilmu. aku akan teruskan untuk berjuang dalam industri advertising..


aku sebenarnya nak membebel.. tapi aku bukan kaki bebel.. aku kaki merepek.. sampai kaki pun merepek.. lagilah mulut.. ok sekarang aku cerita pasal merepek pulak.. ok aku sekarang dah merepek.. ok cukup..
ok terima kasih..

Tuesday, April 12, 2011

Mmn Mrmmn X Chya Chyi

akhirnya.. artwork aku ada jugak yang berwarna.. berterima kasih pada kawan ofis aku.. memang tak sangka ada jugak orang nak warnakan artwork aku.. eheh..
nak tengok artwork chya chyi.. silalah melawat dia dekat sini.. dia ada artwork artwork yang menarik lagi..

ok terima kasih..

Sunday, April 3, 2011

Makan-makan: Mee Bandung Muar

lama dah tak post entry pasal makan.. haa.. inilah masanya aku nak post entry baru pasal makanan.. mukadimah untuk entry ini.. menarik.. ok itu saja mukadimahnya.. sembang banyak tak guna.. ini dia yang kita sudah tunggu lama..


baru je petang tadi aku menjamu selera kat satu tempat ni.. sebelum ni penah je aku makan dekat tempai ni.. baru ni je nak kongsi bersama sama.. eheh..
bersama sama aku tadi.. mereka ni lah.. so'ot dengan bo'ot.. ajid dengan kate sebenarnya.. cun dan hensemkan mereka??
pergh!! inilah dia.. begini chek!! gua makan sampai habis wa cakap luu.. gaya cam gempak je kan?? tapi memang sedap.. sedap hingga jadi begini......
tak ada jilat jari dah.. pinggan sekali aku jilat.. hehe.. over pulak.. memang layan.. boleh datang banyak kali.. seperti yang disebutkan dekat atas tadi.. memang dah banyak kali singgah sini.. not bad try again and again.. ayat yang akan aku bagitau kat semua orang bila cakap pasal makan kat sini.. eheh..
ada lagi menu special yang dorang tak tunjuk.. kalau nak tahu kena belli tabung buluh sampai habis dulu baru dorang bagitau menu yang lain..
kedai ni jugak disponsor oleh pepsi.. yang dulu pepsi berupa begini ya?? sekarang pepsi sudah berupa lain sikit dari yang ini.. sila rujuk google..


sembang punya sembang tak bagitau pun lokasi dia dekat mana.. lokasi kedai makan ini berada di petaling jaya.. agak mudah untuk datang kesini.. dekat dengan jalan templar.. dekat jugak dengan hospital assunta.. ini bukan main main.. ini betul betul.. sesiapa berminat boleh rujuk google sendiri.. cari jalan sendiri.. wawawa..


ok terima kasih